About Me

My photo
Dream what you want to Dreem; Go where you want to Go, because you have only one Life and one Chance to do all the things you want to do.

Tuesday, March 22, 2011

7 Cara Untk Gembira

1. Jangan Benci, tak kiralah sama ada pada keluarga, kawan-kawan, bos maupun guru dan pensyarah. Perasan benci itu akan merosakkan niat dan keikhlasan kamu. Benci itu ibarat api dalam sekam yang akan membangkitkan dendam dan seterusanya satu pergaduhan.


2. Jangan Bimbang. Kebimbangan tanpa sebab akan membuatkan kamu sentiasa berada dalam keadaan serba salah, cemas dan tidak tenteram. Buang perasaan demikian…Dont worry be happy!


3. Hidup Secara Sederhana adalah tuntutan agama kita. Kesederhanaan adalah kunci kesempurnaan. Biarpun hidup kamu tidak kaya, tidak mewah, tidak sempurna dan tidak popular tetapi sekurang-kurangnya kamu mempunyai ketenangan di hati. Itu adalah yang paling penting. Jadi, pilihlah hidup serba sederhana dan bersyukur kerana masih lagi ramai yang menderita dan sengara di serata dunia.


4. Jangan Terlalu Mengharap. Kadang-kadang pengharapan itu akan mengecewakan kamu. Belajarlah menerima kenyataan, biarpun kecil tapi bermakna dan jangan terlau mengharap yang besar dan terbaik yang tak mungkin akan menjadi miliki kamu.


5.Banyakan Memberi. Ini adalah terapi untuk membersihkan minda dan diri. Kepuasan orang yang memberi lebih bermakna daripada yang menerima. Ini termasuklah bersedekah, membantu yang memerlukan dan berjihad ke jalan Allah.


6. Sentiasa Tersenyum. Orang yang mudah menghadiahkan senyuman bererti mempunyai jiwa yang damai, niat yang baik dan jujur. Itu adalah kualiti bagi si penderma senyuman. Senyuman itu adalah sedekat menurut kata pujangga dan dengan menarik otot kiri dan kanan bibir akan membuatkan wajah kamu nampak lebih cantik, menarik dan menceriakan suasana. Maka lengkapkan penampilan kamu dengan senyuman…


Ketujuh, Perlu Ada Kawan Rapat seperti saya. Ooop maksudnya, Setiap orang memerlukan individu lain untuk saling berteman, saling memahami, saling menghormati, saling menasihati dan saling bersifat terbuka serta positif. Kawan bukan lawan! Pilihlah kawan yang boleh berkongsi kesedihan ketika kamu berduka, memapah tanganmu ketika kamu terjatuh, bercakap benar walaupun dia tahu hati kamu terluka dan marah. Selalu mengirimkan SMS bertanya khabar dan menghabiskan hujung minggu bersama-sama. Itulah yang diperlukan oleh semua orang, insan yang dikategorikan sebagai `good friend`.

edited frm -REMAJA-


^^

Tips GEMBIRA di Tempat KERJA

1. Saudara perlu menyukai bos saudara, setidak-tidaknya hormatilah beliau.

2. Saudara harus suka dan menghormati pekerja lain.

3. Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.

4. Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.

5. Senaraikan langkah-langkah yang saudara boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.

6. Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.

7. Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama.

8. Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja.

9. Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.

10. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana saudara mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan.

edited- studiomuslim-